Mesir Memulakan Projek Restorasi Permukaan Luar Piramid Giza

WorldTechnologyDigitalSpace
1 Feb 2024 • 8:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir telah memulakan proses memulihkan semula permukaan luar Piramid Menkaure di kompleks piramid Giza. Menkaure ialah piramid terkecil di antara tiga yang terletak di kompleks piramid Giza yang merupakan daya tarikan jutaan pelancong ke Mesir. Projek mengembalikan permukaan granit piramid Menkaure ini diumumkan oleh Mostafa Waziri yang merupakan setiausaha besar Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir sebagai hadiah kepada dunia.

image is not available

Projek akan mengambil masa tiga tahun dengan kerjasama kedutaan Jepun. Piramid Menkaure siap dibina hampir 4600 tahun yang lalu dengan permukaan luar diperbuat daripada batu kapur. Permukaan luar asal hilang kerana digunakan oleh penduduk Kaherah untuk membina struktur baharu sejak ribuan tahun lalu.

Sebahagian permukaan sisi Menkaure telahpun dipulihkan menggunakan puing-puing batu yang ditemukan di sekitar piramid. Sungguhpun begitu, projek ini menerima kritikan negatif ahli Egiptologi yang mengatakan pendapat mereka tidak diminta sebelum ia dimulakan. Ada yang melihatkan seperti Itali menegakkan semula Menara Condong Pisa. Ketika artikel ditulis, projek ini masih akan diteruskan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved