Mesir naikkan kadar tol Terusan Suez pada 2023

Environment
18 Sep 2022 • 11:00 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KAHIRAH: Kadar tol transit Terusan Suez akan meningkat sebanyak 15 peratus bagi semua jenis kapal dan 10 peratus bagi kapal pukal kering dan kapal persiaran mulai tahun depan, umum Penguasa Terusan Suez (SCA) dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pihak berkuasa berkata kenaikan harga tenaga, kadar pengangkutan dan kadar sewa harian untuk kapal, yang dijangkakan berterusan tahun depan, menjadi sebab utama untuk menaikkan tol transit di sepanjang terusan penting yang menghubungkan Laut Mediterranean ke Laut Merah itu, lapor Xinhua.

“Kenaikan (tol) tidak dapat dielak dan perlu dilaksanakan berikutan inflasi global semasa, yang memberi kesan kepada peningkatan kos operasi dan kos perkhidmatan pelayaran yang disediakan di terusan itu,“ kata Pengerusi SCA Ossama Rabiee.

Beliau berkata SCA menyelaraskan kadar tol melalui mekanisme jelas merangkumi perubahan dalam pasaran pengangkutan maritim, sambil menyatakan terusan itu kekal sebagai laluan paling cekap dan paling murah berbanding laluan alternatif.-Bernama