Mesir Ucap Takziah Kepada Malaysia Atas Kejadian Tanah Runtuh

22 Dec 2022 • 11:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Kerajaan Republik Arab Mesir menzahirkan ucapan takziah kepada Malaysia atas kejadian tanah runtuh Jumaat lepas di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, di Batang Kali, Selangor yang menyebabkan ramai terkorban.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar Mesir berkata Kerajaan Republik Arab Mesir menzahirkan setulus-tulus ucapan takziah kepada Malaysia serta turut berduka atas tragedi tanah runtuh yang mengorbankan berpuluh-puluh mangsa dan mencederakan ramai orang.

Kenyataan itu disampaikan kepada Bernama melalui Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur pada Khamis.

Kenyataan itu juga menyampaikan ucapan takziah kerajaan Mesir kepada waris mangsa yang terkorban dan berharap mangsa yang cedera akan diberikan kesembuhan segera.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi 16 Disember di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 30 terkorban dan satu lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved