Mesir Usahakan Gencatan Senjata 60 Hari Di Gaza

WorldPolitics
30 Jun 2025 • 10:19 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mesir Usahakan Gencatan Senjata 60 Hari Di Gaza

ISTANBUL, 30 Jun (Bernama-Anadolu) — Menteri Luar Mesir pada Ahad berkata negaranya sedang berusaha merangka satu perjanjian baharu Gaza yang merangkumi genjatan senjata selama 60 hari, sebagai pertukaran bagi pembebasan beberapa tawanan Israel serta kemasukan segera bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dikepung itu, lapor agensi Anadolu Ajansi (AA).

“Kami sedang berusaha ke arah penyelesaian berkekalan dan genjatan senjata menyeluruh,” kata Badr Abdelatty dalam satu wawancara yang disiarkan di saluran televisyen tempatan, OnTV.

Beliau menjelaskan, cadangan itu merupakan usaha bersama Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat dan disifatkan sebagai “langkah pertama” ke arah genjatan senjata yang mampan.

“Apa yang dibentangkan kini ialah satu gencatan selama 60 hari, sebagai pertukaran bagi pembebasan sejumlah tawanan Israel serta penghantaran segera bantuan ke Gaza, termasuk bekalan perubatan,” katanya.

Langkah ini dijangka “mewujudkan momentum ke arah gencatan senjata yang berkekalan, seterusnya membuka jalan kepada pelaksanaan perjanjian 19 Jan,” katanya.

 

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved