Meski Ada Byun Yohan, Episod Awal ‘Black Out’ Raih Rating Rendah

WorldEntertainment
20 Aug 2024 • 10:19 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Banyak juga K-Drama yang gagal mencapai jangkaan pada tahun ini kan?

Terbaru, episod awal “Black Out” telah bersiaran di MBC di mana ia membawa kisah seorang lelaki dipenjarakan atas jenayah yang tidak diingatinya, dan selepas 10 tahun dipenjarakan, dia kembali ke kampung halamannya.

Agak menyedihkan kerana episod awal drama itu hanya berjaya meraih sebanyak 2.8% dan 2.7% dan ia begitu jauh berbeza dengan “Good Partner” yang ditayangkan dalam slot tayangan yang sama di mana drama perundangan itu mencatatkan rating terbaik 17.7%.

image is not available

Sepertinya MBC perlu bekerja dengan lebih keras untuk menandingi SBS selain Byun Yo-han juga menerima jangkaan yang tinggi oleh penonton memandangkan lelaki itu jarang berlakon drama.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article