Meski Dah Jalani Penggambaran, ‘Resident Playbook’ Mungkin Tak Akan Disiarkan Langsung?

14 Jun 2024 • 12:29 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pada asalnya dijadualkan pada Julai 2024, rancangan ini menghadapi satu lagi penangguhan siaran disebabkan oleh mogok yang sedang dilakukan oleh profesional perubatan.

Dilaporkan, kemungkinan besar program ini sukar untuk disiarkan sama sekali, kerana penerbit bimbang akan kritikan bahawa mereka memaparkan kehidupan kakitangan perubatan secara romantik.

Drama ini telah ditangguhkan sekali sebelum ini di mana pada asalnya dijadualkan untuk disiarkan pada Mei 2024, selepas “Queen Of Tears” dan kemudian ia digantikan dengan “The Midnight Romance In Hagwon”.

Kini, Persatuan Perubatan Korea mengisytiharkan bahawa mereka semua akan mengambil cuti pada 18 Jun 2024. Banyak hospital besar akan menghadapi kekurangan kakitangan, menyebabkan pesakit yang sakit tenat meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka.

image is not available

Profesor di Hospital Universiti Nasional Seoul dan fakulti perubatan juga telah memutuskan untuk mengambil cuti tanpa had bermula 17 Jun, kecuali jabatan penting seperti bilik kecemasan dan ICU.

Lima hospital utama lain juga telah memutuskan untuk turut serta dalam mogok ini dan dilaporkan sedang membincangkan cuti mereka.

Ish ish parah ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article