Meski dinantikan ramai, G-Dragon nampaknya telah membatalkan konsert jelajahnya di Bangkok.
Terbaru, G-Dragon secara rasmi mengumumkan bahawa konsert jelajah ‘Übermensch’ di Bangkok yang sepatutnya berlangsung pada 2 Ogos ini, telah dibatalkan.
Oleh kerana tiket masih belum dibuka untuk jualan, tiada bayaran balik yang akan dilakukan akibat pembatalan itu.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan:
Kami amat kesal untuk berkongsi bahawa disebabkan keadaan yang tidak dijangka, konsert jelajah dunia ‘ÜBERMENSCH’ di Bangkok, yang asalnya dijadualkan pada 2 Ogos telah dibatalkan.
Kami faham ramai yang menantikan persembahannya dan kami memohon maaf atas kekecewaan dan kesulitan yang timbul.
Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda yang berterusan. Kami amat menghargai peminat kami di Thailand dan harap dapat berjumpa anda tak lama lagi.
Sabar tau VIP di Bangkok..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Meski Dinantikan Ramai, G-Dragon Terpaksa Batalkan Konsert Jelajah ‘Übermensch’ Di Bangkok first appeared on KimchiDaily.my.


