Meski Gagal Tandingi ‘Good Partner’, ‘Black Out’ Catat Rating Tertinggi

EntertainmentMovie
8 Sep 2024 • 3:55 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

“Black Out” nampaknya makin mengganas!

Terbaru, drama misteri thriller itu mencatatkan rating tertinggi setakat ini apabila ia memulakan separuh kedua tayangannya.

Menurut Nielsen Korea, episod terkini “Black Out” memperoleh rating sebanyak 6.4%, menandakan rekod peribadi baharu untuk drama tersebut.

image is not available

Sementara itu, drama SBS “Good Partner” yang disiarkan pada slot masa yang sama dengan “Black Out”—terus menduduki tempat pertama.

Drama tersebut meningkat kepada rating sebanyak 16.3% pada malam itu, sekali gus menduduki tempat pertama dalam slot masanya di semua saluran.

Korang layan drama yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.