Meski Han Sohee ‘Dipulau’ Umum Dek Kontroversi, Song Hyekyo Beri Sokongan

19 Apr 2024 • 10:26 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Walaupun pernah menjadi pelakon disayangi ramai, hanya kerana satu kontroversi, nama Han So-hee terus dicop sebagai ‘pelakon bermasalah’.

Bagi yang tidak mengetahui, Han So-hee sebelum dikritik ramai selepas hubungan bersama Ryu Jun-yeol didedahkan dan ia berkait dengan hubungan lama lelaki itu dengan Hyeri. Selepas pertelingkahan antara mereka, hubungan mereka yang baru diumumkan selama 2 minggu akhirnya putus begitu sahaja.

Meskipun memohon maaf dan berjanji akan menjadi seorang yang lebih baik, namun masih ramai lagi mengkritik tindakan Han So-hee yang cepat melatah dan kerap memuat naik entri yang tidak profesional.

image is not available

Dalam pada kritikan yang diterima, Song Hye-kyo sepertinya memberikan sokongan dalam diam apabila dia menekan tanda suka bagi entri terbaru Han So-hee. Walaupun tidak nyata, tapi interaksi itu membuktikan bahawa mereka kekal baik dan tiada apa berubah meskipun Han So-hee berada dalam pandangan buruk umum kini.

Kan best kalau dorang jadi berlakon sekali?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.