Meski Raih Respon Positif, Kenapa ‘The Killing Vote’ Gagal Raih Rating Tinggi?

Movie
27 Aug 2023 • 1:12 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Memang mantap lah kalau K-Drama menghasilkan sesebuah drama thriller jenayah!

Meskipun “Mask Girl” dan “Moving” meniti di bibir ramai peminat K-Drama kini namun terdapat banyak sahaja naskhah lain yang sepatutnya mendapat perhatian seperti kedua-dua drama itu.

Drama itu ialah “The Killing Vote” yang diterajui oleh Park Hae-jin, Park Sung-woong dan Im Ji-yeon di mana mereka perlu mencari kebenaran disebalik identiti ‘gaetal’. Lelaki itu ialah seorang individu yang menjatuhkan hukuman mati pada penjenayah secara peribadi selain tidak dapat ditangkap kerana pandai bermain dengan undang-undang. Sebelum melakukan hal terkutuk itu, dia meminta pendapat netizen berusia 18 tahun ke atas di mana jika 50% dari mereka bersetuju dengan hukuman mati maka dia akan melaksanakannya.

image is not available

Hanya menayangkan satu episod seminggu, ketiga-tiga episod tayangannya kini hanya mampu meraih rating tertinggi sebanyak 4.1% sahaja. Walaupun rendah namun ianya menerima respon positif dari penonton. Antara komen yang ditinggalkan,

Saya menyukai drama ini. Keputusan mereka untuk menayangkan satu episod seminggu sahaja membantu penonton untuk berbincang mengenai episod itu sahaja bagi seminggu itu. Hingga kini, kita masih lagi tidak mengetahui siapakah ‘gaetal’.

 

Ini merupakan sebuah drama yang dihasilkan dengan baik. Peminat drama seram dan jenayah pastinya menyukai drama ini.

 

Saya sentiasa tak sabar menantikan episod akan datang.

 

Keserasian antara teraju utama memang hebat walaupun ia bukannya drama romantik.

Bagi yang penonton, apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article