Meski Sudah Mohon Maaf, Ahli Politik Belum Turunkan Video Sokong ‘Abah’ Guna Lagu Amir Jahari Di Tiktok

11 Mar 2023 • 12:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sudah pun meminta maaf tapi reaksinya pula jadi perhatian

Meski Sudah Mohon Maaf, Ahli Politik Belum Turunkan Video Sokong ‘Abah’ Guna Lagu Amir Jahari Di Tiktok. Setelah dakwaan dilontarkan terhadap Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, banyak penyokong berkumpul di Mahkamah Kuala Lumpur sebagai tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri tersebut.

Penyokong parti itu telah dikesan berada di kawasan tempat letak kereta di luar Mahkamah Kuala Lumpur sejak jam 8 pagi semalam. Mereka memakai pengikat kepala dan memakai baju putih bertulis ‘Kami Bersama Abah’ sebagai tanda sokongan.

image is not available
Meski Sudah Mohon Maaf, Ahli Politik Belum Turunkan Video Sokong ‘Abah’ Guna Lagu Amir Jahari Di Tiktok. Kredit: Google

Amir Jahari tidak mengizinkan lagunya untuk kandungan politik

Sebuah rakaman menunjukkan para penyokong yang berkumpul di situ untuk memberikan sokongan kepada ahli Parlimen Pagoh itu tular di media sosial sejak semalam.

Sebuah video montaj selama 1 minit 5 saat telah tular, dengan latar belakang muzik lagu berjudul “Hasrat” oleh Amir Jahari. Namun, yang menarik perhatian apabila empunya lagu tersebut tidak berpuas hati dan merasa tidak senang dengan kandungan video tersebut.

image is not available

Menurut Amir Jahari, dia tidak mengizinkan orang lain untuk menggunakan lagunya untuk agenda politik. Tambahnya, beliau membenarkan lagu tersebut dipakai, tetapi beliau tidak mengizinkan lagu tersebut untuk kandungan politik.

Video tersebut masih berlegar-legar di Tiktok

Justeru, Datuk Mas Ermieyati pada petang semalam dalam satu ucapan telah memohon maaf kepada penyanyi Amir Jahari. Namun, nadanya memohon maaf itu pula menjadi perhatian netizen.

image is not available

Berdasarkan video itu, gayanya yang berbunyi sinis dilihat seolah-olah tidak ‘ikhlas’ membuat permohonan maaf kepada penyanyi lelaki tersebut.

Bahkan, video asal solidariti buat Tan Sri Muhyiddin Yassin juga masih belum diturunkan oleh beliau di Tiktok walaupun pada awalnya beliau berjanji untuk menurunkan video tersebut menerusi ucapan permohonan maaf itu.

Baca lagi artikel menarik: