Meski Telan Belanja RM137 Juta & Ada Pelakon Hebat, K-Drama Ini Langsung Tak Popular

Entertainment
6 Jun 2024 • 11:56 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Walaupun diberikan jangkaan tinggi, namun penerimaan “Uncle Samsik” agak hambar.

Malah pemilihan pelakon veteran yang hebat sebagai teraju utama juga tidak mampu membantu naskhah itu meniti di mulut penonton K-Drama.

Selepas tiga minggu bersiaran, “Uncle Samsik” berterusan bergelut untuk mencipta populariti malah ia gagal berada dalam ranking drama popular untuk rancangan TV Korea setakat ini termasuklah pelakonnya.

Menelan belanja sebanyak 40 bilion won (RM137 juta), ramai menebak “Uncle Samsik” gagal menambat hati penonton kerana kandungan plot yang lebih sesuai dengan jiwa orang tua dan lelaki namun rata-rata pengguna platform Disney+ ialah wanita yang meminati drama lebih ringan.

image is not available

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.