Mesra rakyat, rangkumi semua lapisan masyarakat: Pusaka

15 Oct 2023 • 1:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BELURAN: Persatuan Keluarga Keturunan Pahlawan Ontoros @ Antenom (Pusaka) menyambut baik Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada Jumaat, menyifatkannya sebagai belanjawan mesra rakyat dan memenuhi denyutan hati rakyat.

Presidennya Welly @ Sinawat Antakah berkata, kandungan Belanjawan Madani 2024 merangkumi keperluan semua lapisan masyarakat sama ada di bandar dan luar bandar.

Katanya, Belanjawan Madani turut memfokuskan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan membabitkan peruntukan RM400 juta yang disediakan bagi melaksanakannya tahun hadapan.