Mesti habis-habisan!: Alto

LocalFootball
2 Feb 2025 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Sabah FC tidak ada pilihan lain kecuali menang dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam ini (Ahad) jika mereka mahu beraksi di final.

Penolong Ketua Jurulatih Alto Linus berkata pemainnya tidak mempunyai pilihan selain bekerja keras dan cuba memenangi perlawanan susulan keputusan seri 1-1 pada perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Likas dua minggu lalu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Misi utama kami malam esok pastinya untuk mencari kemenangan dan mendapat tempat ke final... Kami sudah lama tidak ke pentas final, kali terakhir kami berjaya mencapainya pada 22 tahun lalu.

“Ini akan menjadi detik besar bagi kami untuk memastikan impian semua rakyat Sabah untuk melihat pasukan itu muncul di final Piala Malaysia akan menjadi kenyataan,” katanya pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau menyeru pemain yang diamanahkan untuk mempamerkan aksi meyakinkan dan melakukan yang terbaik bagi layak ke final.

“Prestasi Sabah FC perlu lebih baik berbanding perlawanan separuh akhir pertama yang diadakan di Stadium Likas.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kami mahu pemain yang akan beraksi pada perlawanan malam esok dapat memikul harapan rakyat Sabah dan melakukan yang terbaik untuk pasukan.

“Ia bukan perlawanan yang mudah kerana kita juga tahu Sri Pahang FC mempunyai matlamat yang sama dengan kita iaitu mara ke final.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Mereka pastinya mempunyai perancangan tersendiri untuk perlawanan ini, tetapi kami mesti kekal positif dan fokus untuk mencapai kemenangan walaupun kami bermain di tempat lawan,” tambahnya.