“Mestilah Ribu, Kalau 500 Ringgit I Nak Belanja Apa” – Madammu Dedah Perbelanjaan Cecah RM600K Sebulan, Netizen Terkelu

LocalBusiness & Finance
4 Jul 2025 • 11:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh dan usahawan dikenali sebagai Madammu membuatkan ramai netizen terkelu apabila dia memberitahu jumlah perbelanjaan bulanannya.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abd Rashid menjawab soalan salah seorang penonton ketika itu tentang perbelanjaan bulanan dan komitmen yang perlu dibayarnya.

Tanpa merahsiakan dan berselindung, Madammu memaklumkan bahawa dia membelanjakan hampir RM600,000 setiap bulan.

Belanja bulanan termasuk bayar komitmen dalam RM500,000 ke RM600,000. Tapi tengok juga, ada masa tak banyak sangat.

Pengasas produk kecantikan Noir Health & Beauty itu bagaimanapun akui perlu bekerja lebih rajin untuk berbelanja lebih banyak.

Madammu juga turut menyatakan hasratnya untuk lebih berjimat cermat di masa akan datang.

@noir_kuching_n0033522 Nak skin cantik bersih klik sini @E.LIYANA | NOIR LEADER @E.LIYANA | NOIR LEADER @E.LIYANA | NOIR LEADER ♬ original sound – E.LIYANA | NOIR LEADER

Perkongsian Madammu itu membuat ramai terkejut dan menerusi komen di TikTok rata-ratanya akui pada awalnya tersalah menganggap usahawan tersebut berkata RM500 hingga RM600.

Namun mereka kemudian terkejut apabila terdengar Madammu menyebut perkataan ‘ribu’ dan tidak menyangka usahawan berusia 35 tahun itu berhabis ratusan ribu setiap bulan.

image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

'Founder' Dari Kelantan Ini Curi Perhatian, Belikan Kereta BYD Untuk Pembantu Rumah - "Dia Terus Beli Je, Fuh Kaya Betul"