Mesut Ozil Minta Israel-Palestin Hentikan Peperangan

13 Oct 2023 • 4:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemain bola sepak terkenal, Mesut Ozil minta Israel-Palestin hentikan peperangan memandangkan mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ozil di laman Instagramnya, dia meminta kepada pihak yang terlibat untuk menghentikan peperangan demi kepentingan bersama.

Mesut Ozil minta Israel-Palestin hentikan peperangan

“Doa untuk kemanusiaan, doa untuk keamanan.

“Orang yang tidak bersalah terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa hilang nyawadalam peperangan di kedua-dua belah pihak. Sungguh menyayat hati dan menyedihkan.

“Tolong hentikan peperangan,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.

Peminat sokong Palestin

Susulan itu, menjengah ke ruanga komen, rata-rata netizen menunjukkan sokongan mereka terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain bola sepak yang berusia 34 tahun tersebut yang berpihak kepada rakyat Palestin.

image is not available
image is not available

Hentikan serangan, bebaskan Palestin

Bukan itu sahaja, ramai juga meminta supaya zionis menghentikan serangan terhadap Palestin malah, mereka turut mendoakan agar negara Islam yang telah dijajah berpuluh tahun dapat dibebaskan kelak.

image is not availableimage is not available

Sumber: Instagram @Mesut Ozil