Mesyuarat Bersama EXCO Pendidikan Negeri Hasilkan Kerjasama KPT & Kerajaan Negeri

10 Jun 2024 • 9:07 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Satu Mesyuarat Bersama EXCO Pendidikan Negeri dan Timbalan EXCO Pendidikan Negeri telah diadakan di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pagi tadi.

Difahamkan, mesyuarat tersebut adalah mesyuarat rasmi pertama yang diadakan dan dihadiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud serta Pengurusan Tertinggi KPT.

Kesemua EXCO dan Timbalan EXCO ini bertanggungjawab berkenaan hal ehwal pendidikan tinggi di negeri masing-masing.

image is not available

Menerusi mesyuarat tersebut, kementerian telah berkongsi serta menyalurkan maklumat kepada pihak Kerajaan Negeri berkaitan perkembangan semasa dan hala tuju terkini pendidikan tinggi negara.

Ia termasuklah perancangan membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035.

image is not available

Dalam ada itu, pihak Kerajaan Negeri turut berpeluang mengetengahkan isu dalam pelaksanaan operasi pendidikan tinggi di negeri masing-masing seperti berkaitan kebajikan mahasiswa, pemerkasaan Institut Pendidikan Tinggi Negeri (IPTN), pengukuhan program TVET, kolaborasi industri serta peluang kerjasama dalam mengukuhkan hubungan strategik antara KPT dan Kerajaan Negeri bagi memastikan ekosistem sektor pendidikan tinggi negara pada tahap yang terbaik.

image is not available

Susulan daripada itu, Dr Zambry memaklumkan yang beliau sangat komitmen bahawa kementerian mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkat kualiti pendidikan tinggi dan perkara ini semestinya memerlukan kolaborasi dengan Kerajaan Negeri.

“Saya juga memberi komitmen bahawa pihak Kementerian mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara dan ini memerlukan usaha sama yang berterusan dengan Kerajaan Negeri sepertimana yang dilakukan sebelum ini oleh KPT yang mengadakan kerjasama merentasi kementerian. Pertemuan seperti ini juga akan diadakan secara berkala bagi membincangkan perihal pendidikan tinggi negara dari semasa ke semasa,” ujarnya.

image is not available