Mesyuarat Biro Politik Umno malam ini

Politics
24 Aug 2022 • 9:47 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Biro Politik Umno malam ini mengadakan mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti itu, di sini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri pemimpin tertinggi parti itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno tiba pada 8 malam.

Antara yang dilihat tiba di lobi Menara Dato Onn itu ialah Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Noh Omar.

Difahamkan mesyuarat malam ini bagi membincangkan perkembangan semasa termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam, Ahmad Zahid dalam hantaran di Facebook rasminya menegaskan Umno akan bertindak rasional dan terus akur dengan kehendak keputusan parti.

“Marilah kita terus bersama-sama bersolidariti. Susah dan senang Datuk Seri Najib kita tetap bersama. Kita akan bertindak rasional terus akur dengan kehendak keputusan parti.

“Biro Politik akan diadakan dalam masa paling terdekat. Tiada pengkhianatan sesama kita. Kita tahu yang mana lawan dan kawan sebenar,“ katanya dalam hantaran itu.

Ahmad Zahid turut dijangka mengadakan satu Taklimat Khas Presiden bersama ahli jawatankuasa bahagian dan pimpinan Umno di Pusat Dagangan Putra, Sabtu ini.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved