Mesyuarat khas PRK Kuala Kubu Baharu Khamis depan

Politics
26 Mar 2024 • 8:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu Khamis minggu depan.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu Khamis minggu depan.

Ia susulan suruhanjaya itu telah menerima pemakluman rasmi mengenai kekosongan luar jangka kerusi tersebut yang sebelum ini disandang oleh mendiang Lee Kee Hiong.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Ujar beliau, satu sidang akhbar akan diadakan sejurus mesyuarat berkenaan selesai.

Kee Hiong meninggal dunia pada Khamis minggu lalu akibat kanser.

Mendiang berusia 58 tahun dan dikatakan telah bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lalu.

Beliau menjadi wakil rakyat DUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 dan ini adalah penggal ketiganya selepas mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri Selangor 2023.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28