
Mesyuarat Khas Tetapkan Tarikh-Tarikh Penting PRU15 & PRK DUN Bugaya, Sabah Pada 20 Oktober – SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa satu mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK DUN) N.66 Bugaya, Sabah akan diadakan pada 20 Oktober 2022 jam 10 pagi di Menara SPR, Putrajaya.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Dato’ Indera Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat tersebut bakal dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
Menurutnya, mesyuarat itu akan membincangkan mengenai perkara tersebut seperti tarikh writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan plihan raya tersebut.
“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Sumber: Bernama TV
The post Mesyuarat Khas Tetapkan Tarikh-Tarikh Penting PRU15 & PRK DUN Bugaya, Sabah Pada 20 Oktober – SPR appeared first on Siakap Keli.
