Mesyuarat MKT: UMNO Dilapor Pecat Tiga Orang Ahli

Politics
9 Dec 2022 • 12:03 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mesyuarat MKT: UMNO Dilapor Pecat Tiga Orang Ahli

UMNO dilaporkan telah memecat seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian selepas berbincang dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diadakan malam ini.

Memetik laporan Astro Awani, pemecatan itu telah dimaklumkan oleh Ahli MKT, Datuk Ahmad Puad Zarkashi selepas mesyuarat selesai.

“Ada beberapa keputusan telah dibuat dan saya rasa akan ada sidang media untuk memaklumkan siapa dipecat.

“Mereka dipecat daripada ahli UMNO, mereka bukan ahli MKT, ada yang ketua bahagian.

“Tiga orang dipecat. Dua ketua wanita bahagian, satu ketua bahagian,” katanya ketika ditemui oleh media.

Bagaimanapun, nama tiga ahli terbabit tidak didedahkan.

“Presiden agak tegas dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang suka burukkan parti, termasuk bocorkan rahsia MKT,” katanya.

Mesyuarat tersebut diadakan di Menara Dato’ Onn dan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber: Awani