Mesyuarat MT Umno semalam rutin sebelum Perhimpunan Agung: Presiden

Politics
13 Jan 2023 • 7:24 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam adalah mesyuarat rutin sebelum persidangan sempena Perhimpunan Agung Umno 2022 yang akan berlangsung esok kata Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

“Ia mesyuarat untuk mendengar laporan daripada Pengerusi Tetap untuk persiapan Perhimpunan Agung Umno setiap tahun.

Pengerusi Tetap telah membuat laporan itu,“ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia di sini malam semalam.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat itu juga mendengar laporan daripada wakil-wakil Majlis Tertinggi ke persidangan sayap-sayap yang berlangsung siang tadi.

Ditanya adakah mesyuarat itu membincangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Ahmad Zahid berkata ia akan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi yang akan datang.

Perhimpunan Agung Umno 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Dis 2022 telah ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Jan tahun ini.

Hari ini telah berlangsungnya persidangan ketiga-tiga sayap melibatkan Wanita, Pemuda dan Puteri, manakala esok Ahmad Zahid dijadualkan menyampaikan Ucapan Dasar Presiden Umno di perhimpunan itu yang akan berakhir Sabtu ini. -Bernama