Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Selangor bincang dua perkara

LocalPolitics
7 Nov 2024 • 7:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mesyuarat Pertama Sekretariat Perpaduan Negeri Selangor telah dipengerusikan oleh Mohd Khairuddin (tengah).

SHAH ALAM - Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor berlangsung pada Khamis antaranya membincangkan mengenai penubuhan jawatankuasa sekretariat.

UMNO Selangor dalam satu kenyataan turut memaklumkan, perbincangan itu juga menjurus kepada gerak kerja untuk menyatu-padukan parti-parti di bawah naungan Kerajaan Perpaduan.

"Mesyuarat Pertama Sekretariat Perpaduan Negeri Selangor telah dipengerusikan oleh Setiausaha Perpaduan Negeri Selangor, Dr Mohd Khairuddin Othman.

"Perbincangan melibatkan penubuhan jawatankuasa sekretariat dan gerak kerja untuk menyatu-padukan parti-parti di bawah naungan Kerajaan Perpaduan di negeri Selangor," kata kenyataan itu di laman Facebook UMNO Selangor.

Mesyuarat turut dihadiri wakil pemimpin Barisan Nasional Selangor iaitu Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain dan Setiausaha Barisan Nasional Selangor, Datuk Dr Mohamed Satim Diman.

Hadir sama, wakil pimpinan dari parti komponen MCA, MIC serta sayap Wanita dan Pemuda serta setiausaha kerja peringkat negeri Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved