Mesyuarat SPR tentukan tarikh PRN enam negeri bermula

Politics
5 Jul 2023 • 10:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mesyuarat khas SPR yang berlangsung pagi ini dipengerusikan Abdul Ghani.

PUTRAJAYA - Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berlangsung pagi ini bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan mengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Mesyuarat itu dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang dijangka mengambil masa kira-kira lebih sejam sebelum sidang media diadakan.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom; Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, ahli-ahli SPR iaitu Zoey Randhawa, Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Datuk Dr Lee Bee Phang, serta pegawai-pegawai kanan SPR.

PRN diadakan kerana keenam-enam negeri berkenaan tidak mengikut kerajaan Persekutuan membubarkan Parlimen dan DUN serentak bagi Pilihan Raya Umum ke-15 November lepas.

Kelantan menjadi negeri pertama dibubarkan pada 22 Jun lepas, diikuti Selangor sehari selepas itu (23 Jun), tiga DUN iaitu Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah pada 28 Jun manakala DUN Negeri Sembilan dibubarkan 1 Julai. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved