
PETALING JAYA: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama yang dikendalikan bersama Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan polemik perkauman dan agama yang semakin meruncing ketika ini.
Dalam kenyataan bersama, Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Na’im Mokhtar berkata tindakan itu bagi mengambil langkah segera dalam menjamin keharmonian rakyat dan negara.
“Sejak beberapa minggu ini, negara terus menerus dilanda dengan pelbagai insiden berhubung sensitiviti agama dan perkauman termasuk baru-baru ini di KK Mart, Kuching yang disebabkan oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Amaran tegas kepada kesemua individu agar tidak sama sekali mencetuskan polemik perkauman yang lampau sehingga mewujudkan ketegangan sosial dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia,” kata mereka dalam kenyataan.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Mereka juga menggesa tiada lagi pihak mencetuskan perkara menyentuh sensitiviti agama dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.
“Masyarakat perlu sentiasa memupuk dan mengamalkan nilai hidup yang merupakan tanggungjawab setiap rakyat bagi melindungi serta mempertahankan kestabilan dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman perbalahan, provokasi serta permusuhan.”
Tiga insiden serangan bom petrol berlaku di kedai KK Mart, terbaru di Kuching, Sarawak pada Ahad.
Kejadian pertama dan kedua berlaku di Perak serta Pahang, masing-masing pada 26 dan 29 Mac.
Serangan ketiga berlaku walaupun Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menggesa pelbagai pihak supaya berhenti memperkatakan isu itu manakala Sultan Pahang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan dukacita dan kecewa dengan kejadian itu.
KK Mart menjadi tumpuan selepas stoking tertera kalimah Allah didapati ditemui di salah sebuah cawangannya di Bandar Sunway.
Pengasasnya KK Chai dan isterinya Loh Siew Mui, yang merupakan pengarah syarikat, mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan melukakan perasaan agama seseorang bersama tiga pengarah pembekal stoking Xin Jian Chang Sdn Bhd.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

