
Selepas pelancaran laman web, Meta AI kini boleh diakses oleh pengguna di Malaysia melalui aplikasi Instagram. Melalui langkah ini, pengguna berpeluang berinteraksi dengan teknologi AI Meta dengan lebih mudah dan pantas sekali gus meningkatkan pengalaman mereka di platform media sosial yang popular tersebut.

Melalui integrasi ini, pengguna boleh mendapatkan bantuan, cadangan kandungan, serta menjana teks dan maklumat secara menarik dalam ruang mesej Instagram. Untuk mengakses, pengguna hanya perlu mengetik ikon Meta AI yang terletak di bahagian atas aplikasi dengan label ‘Ask Meta AI or search’ bagi memulakan perbualan atau melakukan carian.

Kehadiran Meta AI di Malaysia menandakan komitmen berterusan Meta untuk memperluaskan akses teknologi AI kepada pengguna global sekali gus mengukuhkan pengalaman harian mereka. Bagi mereka yang masih belum menemui ciri ini, pastikan aplikasi Instagram telah dikemas kini kepada versi terkini.




