Meta AI Sandbox Menghasilkan Iklan Menggunakan Kecerdasan Buatan

TechnologyDigital
12 May 2023 • 5:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google memperlihatkan beberapa model LLM baharu dan kecerdasan buatan (AI) yang akan digunakan pada produk keluaran mereka. Meta pula hari ini mengumumkan AI Sandbox yang turut menggunakan kuasa AI bagi membantu menghasilkan iklan pada platform Meta.

image is not available

Berdasarkan input teks, imej yang sesuai dengan iklan boleh dijana. Saranan latar belakang dan variasi tulisan yang sesuai digunakan pada bahan pengiklanan juga boleh dilakukan oleh AI Sandbox. Tambah menarik ia juga boleh “melukis” imej pada iklan supaya ia boleh digunakan pada pelbagai format pengiklanan yang memerlukan nisbah skrin yang berbeza.

image is not available

Pada peringkat permulaan AI Sandbox ditawarkan akses kepada sebilangan kecil pengiklanan untuk mengujinya serta mendapatkan input mengenai penggunaan. Bermula Julai 2023 ia akan mula ditawarkan kepada lebih banyak pengiklan di platform Meta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved