Meta AI sertai arena chatbot lawan Gemini, ChatGPT, dan Copilot

TechnologyDigital
19 Apr 2024 • 11:56 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pemilik Facebook, Meta, telah melancarkan Meta AI. Ia adalah pembantu maya AI yang dibangunkan berasaskan Meta Llama 3, model bahasa tercanggih Mata setakat ini. Seperti kebanyakkan Chatbot AI lain misalnya Gemini, ChatGPT, dan Copilot, ia boleh membantu anda dalam pelbagai bidang tapi kelebihannya adalah pada segi integrasi yang mendalam pada produk-produk Meta.

image is not available

Meta AI dimasukkan ke dalam Facebook, Instagram, WhatsApp, dan Messenger yang akan menambah baik pengalaman bermedia sosial anda. Demonstrasi yang ditunjukkan adalah seperti menjana saranan terus ke dalam ruang sembang sama ada di WhatsApp ataupun Messenger.

image is not available

Meta AI juga ada sewaktu anda melayari Newsfeed Facebook. Di bawah kandugan tertentu, anda akan temui butang Meta AI yang akan mencadangkan interaksi tertentu mengikut konteks kandungan tersebut.

image is not available

Malahan, ia boleh menjana imej seperti yang anda lakukan di chatbot pesaing.

Selain daripada di aplikasi mudah alih, Meta juga dalam proses untuk mengintegrasikan Meta AI ke dalam perkakasan seperti cermin mata pintar Ray-Ban Meta dan Meta Quest.

image is not available

Berita yang kurang menarik adalah buat masa sekarang perkhidmatan Meta AI masih belum ditawarkan di Malaysia. Servis ini hanya tersedia untuk 12 negara berikut iaitu, A.S, Australia, Kanada, Ghana, Jamaica, Malawi, New Zealand, Nigeria, Pakistan, SIngapura, Afrika Selatan, Uganda, Zambia, dan Zimbabwe.

Sumber: Meta