Mark Zuckerberg kini berkongsi mengatakan syarikat Meta akan mula bangunkan jurutera berasaskan kecerdasan buatan yang akan mula menulis kod sendiri. Ini sekaligus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.

Perkongsian ini hadir selari dengan pengumuman Meta akan melabur sehingga $65 bilion memfokuskan kepada kecerdasan buatan dan pusat data. Meta pada hari ini sedia menawarkan model kecerdasan buatan Llama mereka dalam bentuk sumber terbuka. Pada masa yang sama, Meta dalam perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka dinamakan Meta AI secara meluas kepada lebih ramai pengguna.
Dengan peralihan kepada penggunaan jurutera berasaskan kecerdasan buatan ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah ia akan memberikan impak kepada bilangan pekerja. Sebelum ini, Meta telah mengumumkan akan mengurangkan sekitar 5% tenaga kerja yang kurang berprestasi pada tahun ini.


