Meta Akan Guna Teknologi Kecerdasan Buatan Visual Midjourney Pada Produk Mereka

TechnologyDigital
23 Aug 2025 • 7:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta kini membuat kejutan, dan umum kerjasama dengan salah satu firma kecerdasan buatan memfokuskan penjanaan gambar dan video, Midjourney. Dengan langkah ini, Meta akan melesenkan model kecerdasan buatan mereka, untuk digunakan dalam produk dan model Meta akan datang.

image is not available

Dengan langkah ini, Meta akan menerima model penjanaan visual yang baik untuk diintegrasikan bersama, sekaligus menawarkan penyelesaian lebih baik berbanding yang lain. Midjourney sebelum ini telah sedia terkenal dengan penawaran gambar yang sangat baik berbanding lain, dan pada masa yang sama baru-baru ini telah memperluaskan penawaran mereka meliputi penjanaan video.

Midjourney juga sebelum ini menyasarkan untuk hadir dengan peranti mereka tersendiri, namun tidak diketahui bagaimanakah perancangannya kini. Dengan pelesenan ini, ia dijangka akan menguntungkan kedua-dua pihak dalam arena kecerdasan buatan ini.