Meta Akan Melancarkan Cermin Mata Pintar MR Hypernova Seawal Bulan Depan

TechnologyDigital
18 Aug 2025 • 8:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta akan melancarkan cermin mata pintar Hypernova mereka seawal bulan September menurut laporan Bloomberg. Hypernova hadir dengan satu skrin terbina pada permukaan kaca dengan ia menyokong ciri realiti bercampur (MR) yang membezakannya dengan Ray-Ban Meta dan Oakley Meta HSTN. Dalam laporan yang sama, Hypernova akan dijual pada harga $800 sepasang.

image is not available
Meta Celeste

Rekaan Hypernova telah tertiris sebelum ini dengan ia dibangunkan menggunakan nama Meta Celeste. Ia ditawarkan dengan gelang tangan electromyography (EMG) yangmembolehkan kawalan dilakukan dengan hanya berfikir kerana ia membaca isyarat yang dihantar oleh otak.

Dua kamera diletakkan pada sisi bingkai dengan modul untuk alat waveguide yang memancarkan imej pada kaca cermin mata untuk pengalaman MR turut diletakkan pada tangkai cermin mata.

Dengan pelancarannya bulan depan, Meta ingin memastikan mereka dapat mendahului pasaran cermin mata pintar dengan kemampuan AI. Google, Samsung dan Apple ketiga-tiganya mengacah pelancaran cermin mata pintar mereka. Google dan Samsung hanya akan melancarkan cermin mata pintar Android XR awal tahun depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved