Meta Akan Melancarkan Code Llama Yang Menulis Kod Menggunakan AI Secara Percuma

TechnologyDigital
18 Aug 2023 • 9:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sekitar lima tahun lalu kedengaran ramai pemimpin yang menyeru kelas pengaturcaraan dimasukkan ke dalam silibus kebangsaan. Kemampuan membangunkan aplikasi dilihat sebagai kemahiran yang perlu untuk menongkah arus ekonomi masa depan. Tetapi tidak semua orang mempunyai masa untuk belajar. Ramai hanya mempunyai idea bernas yang tidak boleh direalisasikan.

image is not available

Menurut laporan The Information, Meta akan melancarkan Code Llama yang adalah kecerdasan buatan (AI) yang boleh menghasilkan kod secara automatik bagi membantu membangunkan aplikasi dan perisian. Lebih menari lagi Code Llama boleh digunakan secara percuma kepada sesiapa yang berminat. Code Llama telah dibangunkan menggunakan AI Llama-2 yang diumumkan awal tahun ini yang diberikan secara sumber terbuka.

Ini membolehkan ia bersaing dengan AI yang membantu menulis kod seperti Github CoPilot yang memerlukan langganan. Bagi mereka yang mempunyai idea aplikasi tetapi tidak tahu menulis kod, Code Llama ialah alat yang menarik. Sementara itu bagi mereka yang mencari nafkah menulis kod, ia akan mengancam mata pencarian seperti kerjaya menulis, fotografi dan menghasilkan karya seni yang kini sudah terjejas teruk kerana AI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved