Meta Akan Memadam Kandungan Yang Menghina Zionis Di Facebook dan Instagram

TechnologyDigital
10 Jul 2024 • 11:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta hari ini memutuskan kandungan yang menggunakan perkataan zionis bagi tujuan menghina kesemua individu Yahudi dan Israel akan dipadam daripada Facebook dan Instagram. Ini kerana perkataan zionis kini digunakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sebagai alasan untuk memukul rata kesemua individu Yahudi serta Israel. Dalam hal ini, ia melanggar terma laman yang tidak membenarkan kandungan berbentuk kebencian.

image is not available

Menggunakan terma zionis sekiranya untuk mengkritik pergerakan politik masih lagi dibenarkan. Tetapi muatan status seperti “semua zionis perlu dibunuh” walau bagaimanapun dilarang kerana jatuh ke dalam kategori menggalakkan keganasan.

Kandungan lain berkenaan zionis yang tidak dibenarkan pada platform milik Meta adalah seperti di bawah.

  • Dakwaan mereka mengawal dunia atau mengawal media;
  • Perbandingan yang tidak berperikemanusiaan, seperti perbandingan dengan babi, najis atau haiwan perosak.
  • Saranan untuk mencederakan.
  • Penafian kewujudan.
  • Muatan bagi tujuan mengejek kerana berpenyakit.

Hanya beberapa minggu lalu Meta membenarkan penggunaan terma syahid pada Facebook dan Instagram selepas mengambil saranan daripada Lembaga Pengawasan Facebook (Facebook Oversight Board). Sebelum ini Meta mengharamkan penggunaan terma ini kerana didakwa digunakan untuk mengagungkan keganasan. Penggunaan terma syahid meningkat selepas insiden 7 Oktober dan kandungan yang memperingati orang-orang awan yang syahid telah dipadam tanpa mengambil kira konteks.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved