Meta Akan Peruntuk 20% Daripada Kos Operasi Keseluruhan 2023 Untuk Pembangunan Metamesta

TechnologyDigital
20 Dec 2022 • 7:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Meta

Meta, syarikat disebalik Facebook kini dilihat akan memperuntukkan 20% daripada kos dan perbelanjaan keseluruhan pada 2023 kelak, untuk kegunaan Reality Labs – bahagian yang bertanggungjawab dalam pembangunan metamesta dan juga realiti-maya.

Ini memperlihatkan peningkatan berbanding penggunaan kos sekitar 18% pada suku tahun ketiga 2022 ini.

image is not available

Langkah ini juga turut memperlihatkan Meta terus memfokuskan dalam pembangunan metamesta, dan tidak ingin ketinggalan dalam memperkenalkannya berbanding syarikat-syarikat teknologi yang lain.

Ia tidak diketahui sama ada perkara ini akan membuahkan hasil yang pantas atau sebaliknya. Sehingga kini, ramai pelabur Meta tidak menyukai pelaburan yang dilakukan Mark Zuckerberg dalam pembangunan metamesta. Malah, nilai sahamnya juga turut memperlihatkan trend penurunan sepanjang tahun 2022 ini.