
Meta kini telah mengambil-alih syarikat pengaturcaraan dikuasakan kecerdasan buatan janaan, iaitu Conductor. Nilai yang dibayar untuk pengambil-alihan tidak dinyatakan buat masa ini.
Conductor menawarkan kemudahan untuk pembangun menggunakan multi-ejen dalam membangunkan projek-projek perisian dan aplikasi. Ia telah diasaskan pada tahun 2024 yang lepas. Selari pengambil-alihan ini, Conductor menyatakan semua ciri akan berfungsi sehingga awal tahun hadapan, sementara perkhidmatan awan mereka akan ditamatkan pada November ini.
Pengambil-alihan oleh Meta ini dilihat ingin mengukuhkan lagi penawaran produk pengaturcaraan AI dibawah Meta. Di pasaran hari ini, SpaceX sedia mengambil-alih Cursor dalam memperkukuhkan kedudukan mereka, sementara Anthropic terkenal dengan penawaran Claude Code, OpenAI pula melalui Codex, dan Google dengan Antigravity.


