Meta Berjaya Menghasilkan Mesin Menaip Dengan Membaca Fikiran Manusia Seakan Cerebro X-Men

WorldTechnologyDigitalSpace
10 Feb 2025 • 8:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lapan tahun lalu ketika acara F8, Facebook mengumumkan mereka sedang membangunkan peranti yang boleh menaip dengan membaca gelombang otak manusia. Ia dibangunkan untuk pesakit ALS seperti mendiang Dr. Stephen Hawkings berhubung tanpa perlu menggunakan papan kekunci fizikal. Selepas lapan tahun, Meta akhirnya berjaya membangunkan “mesin membaca fikiran” dengan ketepatan sehingga 81%.

Peranti yang dibangunkan oleh Meta Fundamental Artificial Intelligence Research (FAIR) ini hanya membaca gelombang otak tanpa implan ditanam terus dalam otak seperti yang dilakukan oleh Neuralink dan oleh Facebook Reality Labs empat tahun lalu.

Gelombang otak dibaca menggunakan mesin Magnetoencephalography (MEG) dengan data kemudiannya diproses oleh kecerdasan buatan (AI) Brain2Qwerty secara masa nyata. MEG menangkap aktiviti otak pada kadar 1000 bingkai sesaat. Dalam eksperimen yang dilakukan di Pusat Kognisi, Otak dan Bahasa Basque, Sepanyol – otak 35 sukarelawan diimbas menggunakan mesin MEG ketika mereka menaip. Kecerdasan buatan dapat mengesan apa yang akan ditaip hanya dengan membaca aktiviti gelombang otak.

image is not available

Walaupun mesin dan sistem menaip dengan hanya berfikir berjaya dihasilkan, ia masih belum bersedia untuk digunakan oleh orang awam kerana mesin MEG ialah peralatan perubatan yang berharga jutaan ringgit. Ia juga besar dan berat serta hanya boleh beroperasi dalam bilik yang dilindungi daripada medan magnetik dari luar. Bacaan otak juga akan tergendala sekiranya kepala pengguna bergerak. Pada masa yang sama ketepatan 81% hanya dicapai oleh sesetengah sukarelawan dengan purata ketepatan pula hanyalah 68%.

Meta akan meneruskan kajian untuk mempertingkatkan lagi ketepatan membaca gelombang otak supaya impian membina mesin menaip dengan hanya berfikir tanpa implan fizikal yang dijanjikan lapan tahun lalu akan menjadi realiti.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved