Meta Creator Academy Buka Ruang Kreatif Pencipta Kandungan Malaysia

TechnologyDigital
10 Mar 2023 • 5:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Menyedari akan potensi dan kepentingan besar ekonomi pencipta terhadap pelbagai perkara, Meta Malaysi hari ini telah melancarkan Meta Creator Academy sebagai salah satu inisiatif membuka pintu kreatif pencipta kandungan Malaysia dan membantu meningkatkan nilai ekosistem kandungan digital tempatan. Program ini juga mendapat sokongan penuh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam usaha menyediakan peluang baharu buat para pencipta kandungan mempertingkatkan kemahiran serta membina kerjaya Facebook dan Instagram.

image is not available

Penyertaan daripada rakyat Malaysia terutama belia yang baru mahu berjinak-jinak dalam bidang ini amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi program ini. Tiada bidang khusus yang diperlukan, malahan lebih terbuka kepada pelbagai genre termasuk makanan, pakaian, gaya hidup, muzik dan format baharu seperti realiti terimbuh (AR) serta barangan koleksi digital.

image is not available

Melaluinya terdapat pelbagai modul aktiviti menarik disediakan secara percuma yang merangkumi sesi latihan, perbincangan panel, sesi soal jawab serta menghubungkan para pencipta dengan pihak yang boleh membantu. Dalam masa sama, mereka juga akan didedahkan dengan pelbagai cara lebih menarik bagi memanfaatkan sepenuhnya peralatan digital di Facebook dan Instagram.

image is not available

Hasil daripada kesemua pendekatan ini kelak dijangka mampu menjadikan para pencipta kandungan digital tempatan tampil lebih bersinar dan berdaya saing. Pada masa sama, turut membantu membina jenama sendiri dan membangunkan kerjaya masing-masing melalui minat. Majlis pelancaran ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Naib Presiden Kanan Pelaburan Digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Raymond Siva.