Meta Dalam Perbincangan Untuk Mendapatkan Pegangan Pada Syarikat Sebalik Ray-Ban

TechnologyDigital
19 Jul 2024 • 1:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta kini dilaporkan dalam pertimbangan untuk membeli pegangan sekitar 5% pada firma disebalik pengeluar kaca mata terkemuka, EssilorLuxottica. Untuk makluman, syarikat berkenaan merupakan disebalik jenama kaca mata seperti Ray-Ban, Oakley, Supreme, dan sejumlah jenama yang lain.

Untuk makluman, Meta sedia bekerjasama dalam penghasilan kaca mata pintar Ray-Ban sebelum ini, dan pengambilan pegangan ini dijangka membolehkan Meta memfokuskan dengan lebih baik pada pembangunan kaca mata pintar.

image is not available

Kebelakangan ini, pelbagai syarikat sedang melihat kepada teknologi realiti-terimbuh atau realiti-gabungan melalui kaca mata. Meta antara syarikat yang menerajui dalam arena ini. Pelaburan ini juga akan membolehkan Meta memperluaskan penawaran kaca mata pintar dengan lebih pantas berbanding lain, selain mempunyai sejumlah kepakaran dalam arena tersebut.

Apa pun, ia dilaporkan masih pada peringkat awal perbincangan, dan terdapat kemungkinan pengambilan pegangan ini tidak terlaksana. Sama-sama kita nantikan perkembangan dalam perkara ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved