Meta Dan AMD Umum Kerjasama Berbilion Ringgit – Beri Peluang Meta Beli Sehingga 10% Saham AMD

TechnologyBusiness & Finance
24 Feb 2026 • 9:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta dan AMD hari ini mengumumkan kerjasama melibatkan cip untuk menguasakan pusat data kecerdasan buatan Meta, yang dianggar bernilai melangkaui $100 bilion. Dibawah kerjasama ini, Meta akan mendapatkan akses kepada sokongan kuasa pemprosesan sehingga 6-gigawatt kuasa AMD Instinct GPU, dengan kuasa pemprosesan 1 gigawatt ditawarkan bermula tahun ini.

image is not available

Meta menyatakan kerjasama ini akan membolehkan mereka terus membangunkan sokongan kecerdasan buatan selari dengan permintaan serta penggunaan. Disamping itu, ia turut akan memudahkan Meta menyesuaikan latar pembangunan mereka selari dengan penawaran cip GPU AMD.

Pada masa yang sama, kerjasama ini turut memberikan Meta dengan akses membeli sebanyak 160 juta unit saham AMD, iaitu sekitar 10% syarikat semikonduktor berkenaan. Walaubagaimanapun, beberapa syarat ditetapkan untuk pemberian akses saham ini, termasuk perlu memastikan nilai saham AMD mencapai nilai dagangan $600 seunit. Untuk AMD juga, mereka sebelum ini turut pernah membuat kerjasama lebih kurang sama dengan OpenAI, yang memberikan OpenAI ruang untuk membeli sehingga 10% pegangan pada AMD.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved