Meta Dianugerahkan Paten Seakan Ciri EyeSight Pada Apple Vision Pro Untuk Meta Quest

TechnologyDigital
23 Jul 2024 • 12:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple EyeSight pada set kepala Vision Pro dikatakan adalah inovasi paling hebat untuk produk set kepala realiti maya, realiti terimbuh, realiti gabungan dan realiti diperluas. Menurut Apple ciri ini mengimbas mata pengguna dan menjana mata maya untuk dipaparkan di skrin luar Vision Pro agar menyelesaikan masalah pengasingan sosial. Terbaru, Meta dikatakan ingin menambah ciri lebih kurang sama pada Meta Quest.

image is not available

Patently Apple melaporkan yang Meta telah dianugerahkan paten seakan ciri mirip EyeSight. Bezanya, iterasi Meta bukan sekadar mengimbas mata sahaja tetapi turut mengimbas pergerakan wajah untuk menggerakkan avatar dalam dunia metamesta. Meta dikatakan ingin raut wajah yang realistik agar apabila dua avatar berinteraksi ia tidak akan rasa aneh atau janggal.

image is not available

Meta turut menyenaraikan penggunaan sensor ECG, EEG dan PPG untuk memantau dan menilai kadar kardiovaskular pengguna set kepala Meta. Sejak ke belakangan ini Meta turut telah menguji dan menambah banyak ciri dan fungsi pada Meta Quest mirip Vision Pro.