Meta Didenda $100,000 Sehari Di Norway Kerana Melanggar Privasi

TechnologyDigital
17 Jul 2023 • 9:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pihak Berkuasa Perlindungan Data Norway (Datatilsynet) akan mengenakan denda $100,000 ke atas Meta kerana didakwa melanggar privasi pengguna negara tersebut. Denda akan dikenakan setiap hari bermula 4 Ogos hingga 3 November sekiranya Meta tidak mengambil tindakan untuk tidak menggunakan data pengguna.

image is not available

Menurut undang-undang Norway, Meta tidak boleh menggunakan data pengguna seperti lokasi mereka untuk tujuan memaparkan iklan yang disasarkan. Datatilsynet telah merujuk langkah. mereka kepada Lembaga Perlindungan Data Eropah yang boleh menyebabkan Meta didenda pula di peringkat Kesatuan Eropah (EU).

Pengiklanan tersasar adalah diharamkan di negara ahli Kesatuan Eropah kerana undang-undang perlindungan data. Ia adalah antara sebab Threads tidak boleh dilancarkan di EU kerana data Instagram tidak boleh dipindahkan secara automatik ke platform baharu ini walaupun di bawah payung Meta.