Meta Didenda RM 3.8 Bilion Kerana Facebook Marketplace Tidak Adil Di Eropah

TechnologyDigital
15 Nov 2024 • 10:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta didenda oleh Suruhanjaya Eropah (EC) sebanyak €797.8 juta (~RM 3.8 bilion) kerana amalan yang dikatakan menentang persaingan pada Facebook Marketplace. EC mengatakan sistem pengiklanan yang digunakan tidak adil kepada pesaing mereka seperti Vinted, eBay, dan Le Bon Coin.

image is not available

Meta menggunakan kelebihan platform pengiklanan Facebook Marketplace mereka untuk membuatkan platform edagang lain sukar untuk bersaing dan ini dilihat sebagai melanggar anti monopoli EC.Pihak Meta telahpun mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka akan merayu keputusan denda ini.

Pada September lalu Google dikenakan denda lebih tinggi €2.42 bilion yang dikenakan oleh EC kerana didapati menyalahgunakan kedudukan dominan apabila mempromosikan perkhidmatan perbandingannya harga jualan milik mereka sendiri dalam hasil carian dan merendahkan kedudukan perkhidmatan perbandingan pesaing.

View Original Article