Meta Dijangka Buang 10% Pekerja Bahagian Metamesta

TechnologyBusiness & Finance
13 Jan 2026 • 11:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Meta kini dilaporkan sedang merancang dalam mengurangkan bilangan pekerja pada bahagian metamesta mereka, iaitu Reality Labs. Langkah ini dilihat diambil selari dengan bahagian metamesta yang dilihat menggunakan perbelanjaan yang tinggi untuk beroperasi, tetapi tidak menjana pendapatan selari dengannya.

image is not available

Sebelum ini, Meta telah memfokuskan kepada pembangunan metamesta, dan melakukan pelaburan tinggi untuknya. Bahagian perniagaan sama juga turut bertanggungjawab dalam pembangunan kaca mata pintar – yang dilihat mempunyai permintaan, berbanding perisian dunia maya dan lain-lain.

Langkah ini juga dilihat selari fokus Meta yang kini lebih kepada pembangunan model kecerdasan buatan tersendiri, dan memerlukan perbelanjaan lebih tinggi untuknya.