Meta Dilaporkan Akan Membuang Hampir 20% Pekerja

TechnologyBusiness & Finance
16 Mar 2026 • 4:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Meta, syarikat sebalik Facebook, WhatsApp, Instagram dan Threads, kini dilaporkan sedang dalam perancangan untuk membuang hampir 20% pekerja mereka. Pihak Meta mengatakan perkara ini hanya sekadar spekulasi sahaja, dan tidak mengesahkan berkenaan dengannya buat masa ini.

Sekiranya benar, maka ia akan menjadi langkah drastik dalam pengurangan pekerja oleh Meta setakat ini. Sebelum ini, pada 2022, Meta turut telah mengurangkan sejumlah besar pekerja mereka, memberikan impak kepada 13% pekerja ketika itu.

Langkah pengurangan pekerja ini dikatakan adalah disebabkan oleh pelaburan dan pembangunan memfokuskan kecerdasan buatan, selain persediaan dalam menggunakan AI dalam membantu pekerja untuk pembangunan.

Pelbagai syarikat telah mula memfokuskan untuk mengurangkan pekerja kebelakangan ini, dan turut menggunakan bantuan AI dalam melakukan sejumlah tugasan. Untuk Meta sendiri, mereka kini giat dalam pembangunan model baharu kecerdasan buatan mereka, selain turut telah melabur dalam pengambil-alihan Manus, serta Moltbook baru-baru ini. Meta turut sedang bangunkan cip mereka tersendiri, selain melakukan pelaburan tinggi untuk pembangunan pusat data.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved