Meta Disaman Kerana Didakwa Membenarkan Iklan Scam Berleluasa

TechnologyBusiness & Finance
12 May 2026 • 10:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta Disaman Kerana Didakwa Membenarkan Iklan Scam Berleluasa

Saya tidak lagi menggunakan Facebook kerana ia dipenuhi video mengarut, maklumat palsu dan lebih menimbulkan kemarahan iklan berbentuk penipuan yang datang bertali arus. Dengan bantuan AI pelbagai iklan palsu produk kononnya disokong Tun Mahathir, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Khairul Aming dapat dilihat dengan pihak Facebook tidak seakan serius menangani isu yang sudah berlarutan selama beberapa tahun.

Image from: Meta Disaman Kerana Didakwa Membenarkan Iklan Scam Berleluasa

Di Santa Clara, California – Meta akhirnya disaman kerana didakwa membenarkan iklan berbentuk scam ini terus berleluasa tanpa sebarang tindakan dikenakan. Saman kumpul difailkan oleh daerah Santa Clara sebagai wakil kepada penduduk California kerana iklan berbentuk penipuan ini melanggar undang-undang negeri. Saman ini menuntut ganti rugi, ganti rugi sivil dan perintah yang melarang Meta daripada terlibat dalam amalan perniagaan yang tidak adil.

Dalam writ saman yang difailkan, Meta turut dituduh bertolak ansur dengan salah laku pengiklanan palsu dan juga mewujudkan “penghadang” untuk menyekat usaha pengurangan penipuan jika ia merugikan syarikat.

Tahun lalu Reuters melaporkan Meta menjana sekitar $3 bilion (~RM 12 bilion) menerusi iklan iklan untuk penipuan, perjudian haram, pornografi dan kandungan lain yang diharamkan di Facebook, Instagram dan WhatsApp.