Meta Halang Remaja Mengakses Watak AI

TechnologyDigital
26 Jan 2026 • 10:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pengguna platform Meta mempunyai akses kepada watak kecerdasan buatan (AI) yang dikuasakan oleh Meta AI. Tetapi pada penghujung minggu lalu, Meta mengumumkan ciri watak AI kini tidak lagi boleh diakses oleh pengguna remaja dan bawah umur. Halangan dikenakan hanyalah sementara menanti Meta membangunkan versi baharu watak AI yang lebih selamat digunakan individu bawah umur.

image is not available

Ciri kini mengesan usia pengguna dan sekiranya mendapati mereka bawah umur, ciri watak AI tidak lagi boleh diakses seperti sebelumnya. Selain itu jika remaja cuba mengelat dengan tarikh lahir palsu, sistem mengesan usia sebenar yang diperkenalkan sebelum ini juga akan menghalang akses secara serta merta.Remaja walau bagaimanapun masih lagi boleh mengakses ciri lain di bawah payung Meta AI.

Pengumuman dilakukan ketika Meta disiasat beberapa negeri di Amerika Syarikat dan juga berhadapan saman oleh ibu bapa kerana watak AI didapati melakukan perbualan tidak sesuai dengan umur pengguna tahun lalu.