Meta hantar LLaMA untuk bersaing dengan ChatGPT dan Bard

Technology
27 Feb 2023 • 12:07 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Meta telah memperkenalkan kecerdasan buatan terbaharu mereka LLaMAuntuk bersaing dengan ChatGPT daripada Microsoft dan Bard daripada Google dalam dunia model bahasa raya (large language model). Sebagai permulaan, LLaMa masih belum boleh digunakan pengguna biasa sebaliknya hanya ditawarkan kepada penyelidik melalui kebenaran khas.

Menurut Meta, LLaMA berbeza daripada AI sedia ada daripada segi ia tidak memerlukan perkakasan komputer berkuasa tinggi untuk dijalankan kerana ia boleh diskalakan mengikut keperluan. LLaMAditawarkan dalam beberapa varian, mengikut saiz parameter yang digunakannya untuk menjana output daripada 7 billion parameter, 13 billion, 33 billion, ataupun 65 billion.

Untuk perspektif, lebih banyak parameter, makanya output yang berpotensi dijana akan jadi lebih kreatif, lebih kompleks, dan mampu menyelesaikan masalah yang lebih rumit namun perkakasan yang lebih berkuasa diperlukan untuk menampung pemprosesannya.

Namun, AI yang berjalan dengan parameter lebih kecil mampu membantu manusia daripada segi kerja-kerja mudah dan lebih cepat untuk beradaptasi dengan penyesuai kecil yang dilakukan penyelidik keatasnya.

Bagi mengelakkan disalah guna, LLaMA hanya ditawarkan untuk penyelidik melalui lesen khas yang perlu dimohon.

Sumber: Meta

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved