Meta Kini Menambah Anak Kelahiran Malaysia Sebagai Ahli Lembaga Pengarah

TechnologyDigital
15 Feb 2024 • 9:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta, syarikat induk sebalik Facebook, Instagram dan WhatsApp, kini mengumumkan penambahan ahli lembaga pengarah baharu untuk syarikat mereka, termasuk seorang anak kelahiran Malaysia, iaitu CEO Broadcom, Hock Tan.

image is not available

Hock Tan lahir di Pulau Pinang, dan telah bertugas di sejumlah syarikat sebelum ini, termasuk General Motors, dan PepsiCo. Beliau kini bertugas sebagai CEO syarikat Broadcom Inc.

Kepakaran Hock Tan dalam arena semikonduktor dijangka akan membantu Meta yang kini giat melakukan pelaburan dalam arena kecerdasan buatan dan pembangunan GenAI.

Selain Hock Tan, ahli lembaga pengarah Meta juga turut terdiri daripada CEO Dropbox, pelabur Marc Andreessen, dan lain-lain.