Meta Membatalkan Kesemua Kandungan Asli Facebook Watch

TechnologyDigital
27 Apr 2023 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada tahun 2017, Facebook Watch dilancarkan oleh Facebook (kini Meta) bagi menjadikannya platform alternatif kepada YouTube. Bagi menarik minat pengguna ke platform penstriman mereka, beberapa kandungan Faceook Watch Original diumumkan dengan ia merupakan kandungan eksklusif. Hari ini siri Red Table Talk akhirnya dibatalkan dengan ia juga merupakan kandungan Facebook Watch Original terakhir.

image is not available

Siri dengan hos Jada Pinkett Smith ini dibatalkan serentak dengan penutupan perniagaan penghasilan kandungan asli mereka yang melihat Mina Lefevre yang merupakan ketua pembangunan kandungan Facebook Watch Original turut dipecat. Red table Talk sudah ke udara sejak 2018 dengan ia juga yang paling lama bertahan menerima empat musim.

Di peringkat awal, Facebook Watch menerima dana $1 bilion setahun daripada Meta untuk menghasilkan pelbagai kandungan asli dalam bentuk siri TV realiti, siri TV, acara sukan dan rancangan berita. Seperti YouTube Red, permintaan untuk kandungan asli Watch tidak begitu memberangsangkan dan kini impian Zuckerberg untuk mempunyai platform penstriman turut berkubur.