Meta Membuka Senarai Menunggu Untuk Community Notes

TechnologyDigital
21 Feb 2025 • 11:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas mengumumkan rancangannya untuk menamatkan perkhidmatan semakan fakta pihak ketiga pada Januari 2025. Kini penggantinya iaitu ciri Community Notes sudah diuar-uarkan dengan lebih meluas. Pengguna kini boleh menyertai senarai menunggu (Join Waitlist) bagi menjadi antara yang akan mencuba ciri berkenaan di Facebook, Instagram dan Threads selepas dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang.

image is not available

Meta turut berkongsi bagaimana ciri berkenaan akan berfungsi. Katanya, Community Notes akan tersedia pada hampir semua kemaskini yang dimuat naik dalam Facebook, Instagram dan Threads. Pengguna kemudiannya boleh menulis nota yang tidak melebihi 500 patah perkataan, pada masa yang sama hendaklah menyertakan pautan sumber sebenar untuk rujukan lebih mendalam bagi orang ramai.

image is not available

Ciri berkenaan juga akan diperkenalkan secara berperingkat bermula dengan pengguna di Amerika Syarikat dengan syarat mestilah berumur 18 tahun, serta mempunyai akaun berdaftar yang lebih daripada enam bulan. Meta masih belum memberi tempoh khusus untuk pelancarannya tetapi boleh dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang. Meta sebelum ini turut mula menguji ciri berkenaan pada Threads.